"Encik
Fareez, rasa-rasanya sekarang ni sudah masuk waktu saya kan?" Cikgu April
sudah terangkat kening di depan pintu kelas.
Tergopoh-gapah Fareez mengemas barang di atas
meja. Alamak! Apesal aku tak sedar waktu aku dah habis ni? Ni mesti dok asyik
terpikir pasal pelajar yang keluar tadi tu lah. Kan dah malu pada first day kat
sekolah.
"Maafkan saya, cikgu. Saya tak sedar pulak.
Terima kasih sebab ingatkan saya. Hehehe..." Fareez tersengih menunjukkan
giginya yang cantik tersusun tu. Wuahh... Beberapa orang pelajar perempuan
sudah terkelip-kelip tatkala melihat senyuman yang terbit pada wajah tampannya
itu. Macam manalah manusia setampan ni boleh sesat jadi cikgu pulak ni...
"Takpe, Cikgu Fareez. Lagipun, saya pun masih
belum lama kat depan tu hah. So, macam mana hari pertama di sekolah ni? Ada
apa-apa masalah ke?" Cikgu April bertanya kepada Fareez.
Alahai, kenapalah dia yang hensem ni boleh ada
kat sekolah ni. Tergugat Iman aku. Dah lah aku ni masih belum berkahwin. Ni
nanti ni boleh juga jadi isu antara pelajar. Macamlah aku tak kenal budak-budak
sekolah ni perangainya macam mana. Pantang nampak guru hensem ke, cikgu hot
sikit ke. Dah mulalah tu ada tanda-tanda nak gaduh berebutkan diorang.
"Alhamdulillah, buat masa sekarang ni saya
masih okey. Hurm, baiklah Cikgu April. Saya pergi dulu. Maaflah saya dah
terambil masa cikgu sikit," Dengan malu-malu kucing Fareez memohon maaf.
Eleh kau Fareez! Tahulah cikgu tu cun. Malu-malu konon...
"Haha, takpe. Okey, assalamualaikum
cikgu," Tertawa Cikgu April melihat kelakuan Cikgu Fareez yang agak clumsy
tu.
"Wa'alaikumussalam, Cikgu April. Cek pi dulu
naa," Fareez segera beredar lagi kelas itu. Sengaja dia menuturkan slanga
Kedah sikit. Nak cover malu tu sebenarnya untuk peristiwa 'tak sedar' tadi tu.
Tetapi, otaknya ligat memikirkan seseorang...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WALAWEYY!!! Aku dah lambat derr!
Minachi tadi punya pasal lah! Kalau tak Si Fifi and her loading bibik ngumpat,
mesti aku tak lambat punya!
Cett, kalau aku yang tak curi dengar. Memang
takde lah nak kecoh-kecoh segala bagai ni kan...
Tapi, kalau aku redah terus keluar dari toilet
tu, rasa-rasanya lagi kecoh kot... Al-maklumlah, kalau dengan beruk berdua tu
memang kecoh je kerjanya. So, pada aku memang salah budak berdua tu. Bukan aku.
Hehe, ni yang rasa macam nak evil laughs ni...
Bukk!!!
Adoii! Kena lagi! Ni yang aku benci ni! Sakit
punggung aku tahu tak?! Time aku keluar je tadi, ada orang langgar. Ni nak
masuk kelas pun, ada orang langgar gak. Sekejap, hari ni hari berlanggar
sedunia ke? Tapi bila difikirkan balik, rasanya aku sorang je yang asyik kena
langgar dari tadi. So, lupakan balik arr pasal hari berlanggar sedunia tu.
Haha, apelah aku merepek ni. Ni mesti fius otak
dah senget sikit sebab terlanggar tadi. Hah, baguslah tu. Mula-mula punggung
sakit. Then, otak mereng. Hurm, memang bagus sangat...
"Err, awak okey tak ni?" Fareez sudah
mempamerkan riak serba salah dan menghulurkan tangan untuk membantu Syafeera
berdiri. Syafeera pulak dah buat muka pelik. Macam pernah ku lihat ini wajah.
Tapi, di mana ya? Dah tu, boleh pulak dia hulur tangan nak tolong aku. Hello,
aku tahu hukum hakam okey!!!
"Ehh, takpelah. Saya okey. Terima kasih
sebab ada niat nak tolong saya berdiri. Tapi, maaflah. Bukan muhrim. Tapi saya
rasalah kan, saya macam pernah tengok muka awak. Tapi, kat mana ehh?"
Cepat-cepat Syafeera berdiri dan menepuk-nepuk sikit bahagian belakang bajunya
untuk menghilangkan habuk akibat terjatuh tadi.
Muka yang serba-salah tadi sudah bertukar menjadi
muka orang tak betul. Fareez tersengih-sengih mendengar ayat Syafeera. Apa ke
bangangnya budak ni. Aku cikgu dia, boleh dia kata pernah jumpa tapi tak ingat
kat mana? Lawak! Lawak!
"Saya ni guardian awak yang akan membantu
awak bila-bila masa sahaja yang awak perlukan seperti tadi," Selamba jerk
Fareez berkata sedemikian. Key, sebenarnya nak tutup malu apabila pelajar
sendiri menegur seorang guru. Hoho.. Sorrylah, awak tu kiut sangat sampai saya
rasa nak dukung aje terus tadi..
Syafeera mencebik. Geli seyy mamat ni..! Dah lah
tetiba muncul depan aku. Ni nak ngaku guardian aku pulak. Cett!!!
Ehh, Cikgu April dah ada kat dalam kelaslah! Cis,
mamat ni punya pasallah aku dah lambat. Macam manalah dia boleh masuk kawasan
sekolah ni? Huh, lantak kaulah! Baik aku masuk dulu. Kang membebel pulak cikgu
muda aku sorang tu disebabkan mamat sewel tu.
"Maafkan saya cikgu kerana saya terlambat
masuk kelas," Syafeera menundukkan muka sewaktu bersemuka dengan Cikgu
April yang memandang peristiwa sebentar tadi.
"Syafeera, awak pergi mana ni? Ish, jalan tu
tengok ke mana sampai boleh terlanggar Cikgu Fareez ni?" Cikgu April
bertanya.
Syafeera mengangkat mukanya untuk memandang wajah
Cikgu April. Dahinya berkerut.
"Cikgu Fareez?" Soal Syafeera.
"Yalah, cikgu yang berlanggar dengan awak
sampai jatuh tadilah. Kan pengetua dah perkenalkan dia sewaktu perhimpunan tadi.
Tak kan dah lupa dengan wajah handsome dia kut..." Cikgu April tersenyum.
Alahai, pelajar aku seorang ni. Cikgu sendiri pun lupa. Memang tak berubah.
Haha... Diorang berdua ni lawaklah! Clumsy nor aku tengok diorang ni...
Syafeera yang terkejut terus berpaling ke arah
pintu. Tersengih-sengih dia memandang cikgu yang disangkanya mamat sewel tadi.
Cikgu Fareez menyilangkan tangan di dada dan bersandar di pintu.
Eleh, berlagak macho lebih je cikgu ni. Nilah
cikgu feymes tu kan. Geli je aku tengok. Wekk!!!
"Maafkan saya kerana terkasar bahasa dengan
cikgu tadi. Tadi tu saya tak tahu yang cikgu tu cikgu," Syafeera
menundukkan muka sewaktu berdiri di hadapan Cikgu Fareez. Suaranya sungguh
perlahan sehingga dia merasakan hanya dia dan Cikgu Fareez sahaja yang dengar.
"It's okay. Saya tak kisah sangatlah. Tapi
jangan clumsy lagi tau. Kalau apa-apa terjadi kat awak bila saya takde kan
susah saya nanti. Awak nak tengok ke guardian awak yang handsome ni susah hati?
Tata, my dear clumsy girl," bisik Cikgu Fareez di telinga Syafeera.
Syafeera segera mengangkat mukanya dan memandang ke arah Cikgu Fareez yang
sudah meninggalkan kelasnya. Dia terasa mukanya menjadi panas mendengar ayat
Cikgu Fareez. Panas kerana malu!
Syafeera berpaling untuk duduk ke tempat duduknya
semula. Malunya tak terkata apabila rakan-rakannya melihat free show yang
berlaku antara dia dan Cikgu Fareez sebentar tadi.
Masih terngiang-ngiang di otak Syafeera mengenai
ayat yang keluar daripada mulut Cikgu Fareez sebelum dia pergi tadi.
Susahkan dia? Apesal pulak? Sejak bila dia jadi
guardian aku? Ish, peliklah cikgu tu. Meremang bulu roma aku dengar ayat dia
macam tu. Hurghh...
"Err, baiklah kelas. Kita mulakan
pembelajaran kita hari ni ya," ucap Cikgu April untuk menyedarkan kelas
yang tiba-tiba sunyi sebentar tadi...

