Huh! Hensem giler siot! Siapa eh budak berdua tu?! Aku rasa aku
tak pernah nampak muka diorang berdua tu. Rasa-rasanya diorang tu kembar kalau
tengok dari segi muka diorang. Kalau tak pun, mesti adik-beradik tu. Parents
mereka pun aku tengok macam orang berada je. Siapalah agaknya mereka tu.
Untunglah aku satu sekolah dengan budak-budak hensem. Hurm...
"Pelajar!".
Tiba-tiba aku terdengar satu suara yang aku rasa macam
selalu dengar je. Suara siapa eh? Eh, alamak! Puan Marina lah! A.k.a guru
disiplin sekolah aku! Gulp, mamposlah aku macam ni! Macam mana aku boleh lupa
pulak yang aku dah lambat ni?! Budak hensem tadi punya pasallah ni.
"Pelajar!" Alamak, cikgu
tu dah ulang suara!
"Y... ya ... yaa, cikgu,"
kataku menggigil-gigil. Ish, takut tahap melampau ni! Tak pernah lagi aku rasa
gerun sampai macam ni sekali. Kenapalah banyak benda-benda pelik berlaku pada
aku hari ni?
"Awak ada kelas kan?" Cikgu
itu bertanya sambil mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain gitu. Yelah, cikgu.
Kening cikgu tu hebat giler!
"Ada, cikgu. Saya tengah on
the way nak ke kelaslah ni. Bye, cikgu. Assalamualaikum," kataku sambil
mengerdipkan mata. Ala-ala comel gitu. Hah, cikgu! Saya pun boleh buat
'ala-ala'lah, cikgu. Hahaha! Okey, fine. Aku dah biul pagi ni.
"Tapi, ingat! Kalau saya jumpa
muka awak berlegar-legar kat sini lagi, awak jumpalah nama awak dalam rekod
salah laku pelajar. Oh ya, wa'alaikumussalam," cikgu itu bergerak ke
tempat lain untuk meronda. Sempat lagi tu tersenyum sinis. Cet, cikgu!
Garangnya!!!
Alamak, mana budak-budak hensem
tadi?! Argh! Cikgu disiplin tadi ar kacau aku dok usha budak-budak hensem tu.
Tengok, diorang dah hilang! Aku balik kelas dululah. Eh, dah pukul berapa ni?
Apa lagi, pecut ar beb! Aku dah lambat ni!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"DANISH, Daniel. Awak berdua akan saya
tempatkan di dalam kelas 6 Rendah Sains 1. Awak berdua okey je kan?" Puan
Hana berkata sambil meneliti maklumat peribadi kami. Aku dapat tahu nama cikgu
ni pun setelah aku dilanda kebosanan dan terpandang name tag cikgu ni. Tadi,
aku rasa cikgu ni macam ada perkenalkan diri dia. Tapi, aku apa lagi, tak
dengarlah.
"Saya tak kesah, cikgu.
Mana-mana kelas pun boleh. Asalkan saya dapat belajar," ujar Danish
tersenyum.
"Saya pun tak kesah, cikgu.
Tak payah masuk kelas pun boleh," balasku acuh tak acuh.
"Daniel, kenapa cakap macam tu
kat cikgu Daniel sendiri! Papa tak ajar Daniel supaya jadi kurang ajar macam
ni!" papa dah mula naik angin. So what?! Aku dah kata awal-awal lagi yang
aku tak nak pindah, kan?
"Sabar, Dato'. Budak-budak
remaja zaman sekarang kalau pindah sekolah baru memang macam ni. Saya dah biasa
dah. Takpe," Puan Hana sedang cuba meredakan kemarahan papa.
"Tidak mengapa. Mari, saya
tunjukkan kelas kamu berdua." Puan Hana sudah berdiri sambil mengemas
barangnya.
Setelah kami mengucapkan 'bye
bye-mama-papa' kat parents kitaorang, kami pun ikutlah Puan Hana ke kelas baru
kami yang cikgu maksudkan itu. Sebelum tiba, kitaorang ada lalu satu kelas form
four ni. Ada seorang pelajar perempuan kena marah dengan guru kelas dia. Aku
rasa ar kan, mesti budak tu datang lambat sebab aku tengok dia masih galas beg
sekolah dia. Kelakar pulak aku tengok muka budak tu. Selalunya kalau budak
perempuan kena marah ar kan, muka macam nak nangis. Ni tak, ekspresi muka dia
macam orang buat tak tahu pulak. Brutal ar budak ni! Aku apa lagi, ketawalah!
Okey, aku admit. Ni first time aku ketawa sejak aku jejak kaki kat sekolah ni.
And aku nak admit, budak tadi tu giler cool beb!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TOK!
Tok!
"Assalamualaikum!"
laungku sambil tercungap-cungap di depan pintu kelas. Oh, ok. Baru aku tahu
yang kelas aku ni jauh juga eh dari pagar depan tu. Semput juga aku kalau macam
ni selalu. Nasib baiklah kat tingkat bawah je. Kalau tak, mahu satu kerja aku
nak panjat tangga.
"Wa'alaikumussalam. Cik Felina
Fendi, awal awak datang sekolah hari ini." Dah mula dah. Encik Azmi yang
merupakan guru kelas aku dan juga merangkap guru cemerlang Bahasa Melayu kat
Johor Bahru ni dah mula soal-siasat dah.
"Oh, terima kasih ya,
cikgu," kataku tersenyum manis. Wuahaha!!! Muka cikgu ni dah merah.
Jahatnya aku.
"Okey, cikgu. Jangan marah.
Saya gurau je tadi. Cikgu dah puji saya. Jadi, saya ucaplah terima kasih.
Berbudi bahasa amalan mulia, cikgu. Okey, saya minta maaf!" Encik Azmi
kulihat telah menjeling tajam.
"Sebenarnya, tadi ada pelajar
baru terlanggar saya. Waktu tu dia tengah cari di mana terletaknya bilik guru.
Jadi, saya yang baik hati dan cute ni pun tolong dia cari di mana beradanya
bilik guru kita yang tercantik di dunia tu." Hehehe, sekali sekala
kelentong cikgu takpe kan?
"Eh, pelajar tersebut tiada
ibu bapa ke yang temankan sampai boleh sesat di dalam sekolah kita yang tak
berapa nak besar ni?" Encik Azmi kehairanan.
"Budak tu kata ibu bapa dia
tengah cari tempat letak kereta." Alang-alang dah kelentong cikgu tadi,
sambung jelah.
"Hurm, tidak mengapalah. Hari
ni saya lepaskan awak. Selepas ini, saya tak nak awak datang kelas saya lambat
lagi," Encik Azmi akhirnya membuat keputusan yang membahagiakan daku pagi
ini. Yes! Cet, over je aku ni.
"Baik, cikgu. As you wish,"
aku tersenyum dengan senyuman paling menawan yang pernah aku buat hari ini.
"Tiada Bahasa Inggeris di dalam kelas saya,"
tegur Encik Azmi.
"Ops, ma... af... kan... sa...
ya... cik... gu... ," sengaja aku sebut satu-satu suku kata. Saje, nak
nyakat cikgu di pagi yang agak cukup indah ini.
Seperti biasa, aku mengambil tempat
di sebelah Diyana yang merupakan antara salah seorang geng kepala gila macam
aku.
"Psst, apesal kau lambat? Aku
tak percaya ar kau kata kau tolong pelajar sesat. Setahu aku ar kan, Felina
Fendi yang aku kenal tak berapa nak baik kalau tolong budak-budak baru
ni," Diyana tiba-tiba bertanya.
"Ha'alah, wey. Aku pun tak
percaya alasan kau kat cikgu Azmi tadi. Kau kelentong cikgu, kan?"
tiba-tiba Anis menyampuk.
Hish, budak berdua ni. Tak
sabar-sabar nak tanya aku. Aku nak tarik nafas pun tak sempat lagi. Okey, ayat
aku over tadi. Takde ar sampai tarik nafas pun tak sempat lagi. Hehehe...
"Cik adik berdua yang comel
lotey ni, boleh tunggu lain masa dan tempat tak? Nampak tak Encik Azmi kita
yang hensem tu macam dah tertoleh-toleh ke sini. Aku tak nak ada problem lagi
pagi ni," aku tersenyum.
"Kfinee...," serentak
diorang jawab. Memang padan ar diorang ni.
Apesal aku rasa macam ada orang
ketawa kat luar kelas aku je tadi waktu aku 'berbual mesra' dengan cikgu. And
aku rasa macam pernah nampak budak lelaki tu. Sapelah agaknya budak tak cukup
wayar tu. Ketawa tak tentu pasal. Depan kelas aku pulak tu! Entah-entah, dia
ketawakan aku sebab 'perbualan mesra' aku dengan Encik Azmi tu tak? Oh, tidak!
Mesti dia ingat aku kena marah dengan cikgu. Jatuhlah saham aku macam ni!
Takpe, akan ku korek-korek sampai ke lubang kuman untuk mencari siapa gerangan
yang baik sangat hati dia ketawakan aku tadi. Ini untuk memastikan saham
Nurfelina Binti Fendi sentiasa terpelihara!
Eh, rasa-rasanya salah seorang
budak baru tu! Sebab tu aku rasa macam pernah nampak je. Okey, takpe. Tunggulah
budak baru... Wuahaha!!!


No comments:
Post a Comment