Akhirnya, setelah bertungkus-lumus
aku bertempur di dalam dewan peperiksaan selama dua minggu, aku telah berjaya
mengharunginya. Walaupun hanya peperiksaan akhir tahun, ujian ini juga penting
dalam hidup aku. Nasib baik mak kasi main air, kalau tak melepaslah aku. Tu pun
setelah aku mengekori ke mana saja mak aku pergi. Kalau dia masuk bilik air,
aku tunggulah sampai dia keluar. Begitu dramatiknya aku hanya kerana nak mandi
sungai. Inilah hidup sebagai orang kampung. Kalau tak mandi sungai, pergi
tangkap burung kat dalam hutan.
Mana geng-geng aku yang lain eh?
Ish, lambat pulak si Budin, Hamid, Ah Chong, dan Gopal ni. Selalunya, kalau aku
ajak mandi sungai laju je diorang ni. Argh, takpelah. Aku main air dululah.
Eh, apa benda tu? Jap, jap, jap.
Eh, human bodylah! Ish, merepeklah aku ni. Manusia tu beb! Macam lemas je. Baik
aku tolong budak tu.
Ayoyo, beratnya budak ni. Macam
mana ni eh? Eh, tu pon diorang. Nasib baik diorang sampai tepat pada masanya.
Kalau tak, satu kerja aku nak angkat budak ni.
"Wey, korang! Sini! Tolong aku
angkat budak lelaki ni sekejap!" kataku sambil menjerit.
"Dey, Endy. Siapa ni?" tanya Gopal.
"Entahlah. Aku pun tak kenal. Korang semua tolong aku
angkat budak ni dulu eh. Lemas aku rasa budak ni kalau tengok keadaan dia
sekarang," balasku bernada cemas.
Budak lelaki itu terbatuk-batuk
kecil setelah kami mengangkatnya ke tebing sungai. Keadaannya sungguh lemah.
"Engkau okey tak? Rumah kau di
mana? Meh, kami semua hantar kau balik rumah," tanyaku kepada budak itu.
"Aku rasa I'm fine. Rumah aku
yang ada dekat hujung lorong Haji Awang tu. Kalau tak jumpa, kau bagitahu je
nama aku Hamdan. Ada lah orang yang kenal aku nanti," Hamdan bersuara
lemah dan terketar-ketar.
"Baiklah, korang. Aku kira
sampai tiga, kita semua angkat saing-saing. Satu, dua, tiga, angkat!"
kataku sambil mengesat peluh yang mula memercik di dahi ketika mengangkat si
Hamdan ni. Cuaca pon agak panas. Memang sesuai untuk bermandi-manda. Tapi,
apakan daya. Manusia hanya boleh merancang, Allah yang menentukan. So, Allah
dah tentukan yang aku akan berjumpa dengan seorang budak lemas di sungai.
YA Allah! Besarnya rumah dia! Ni kalau nak cari senang sangat. Dari jauh pun dah boleh nampak. Tapi, kenapa aku tak pernah nampak pun rumah ni? Mungkin sebab mak aku tak kasi aku jalan jauh-jauh dari rumah kot. Lagipun, aku tengok rumah ni macam baru buat je. Tapi, betol ke rumahnya ni?
"Budin, kau letak tangan dia
dulu. Lepas tu, kau cuba tekan loceng tu," arahku kepada Budin.
Ding dong!
"Ya ampun, tuan muda Hamdan!
Ngapain bisa jadi begini sik!" kata seorang bibik berloghat Indonesia yang
tiba-tiba keluar dari rumah agam tersebut.
Kami mengangkatnya hingga ke
katilnya. Berat juga eh budak ni walaupun kami mengangkatnya beramai-ramai.
"Perlahan-lahan ya," kata
bibik Indon tadi yang kedutan di mukanya masih tidak hilang-hilang lagi
semenjak mendengar berita si Hamdan ini. Risaunya dia dekat Hamdan ni.
"Hamdan, bik. Kami semua
pulang dulu ya," kata Ah Cong setelah beberapa minit kami berada di situ.
"Erm, hati-hati ya kamu
semua," bibik kepada Hamdan itu menjawab.
Ketika aku menoleh ke arah pintu,
aku merasakan ada sesuatu yang menarik bajuku dari arah belakang.
"Thanks," tuturnya lemah.


No comments:
Post a Comment