Bla... Bla...
Bla...
Haih, apelah agaknya yang sedang
dibebelnya pengetua aku seorang ni? Huargh!!! Ngantuk betollah... Ops, sorry.
Lupa nak perkenalkan diri. Nama aku Rafeah. Orang selalu panggil aku Pe'ah.
Hahaha!!! Ok, ok. Nama betul aku sebenarnya Nursyafeera Binti Ahmad Ferhad.
Panggilan manja... Cewah, Feera. Aku berumur 19 tahun. Ya ya, aku dah tua. Dan bersekolah di SMK Bunga Cengkih, UK. Ulu Klang laa. Hehe... Aku rasa ar
kan, ramai dah tahu kat mana aku sekarang ni. Ya, betul! Aku berada di dalam
dewan! Tengah perhimpunan! Yeahhh!!! Best kan?! What?! Hell, no!.
"Baiklah, sekarang saya ingin
memperkenalkan seorang guru baru yang baru sahaja bergelar guru, ..."
Bla, bla, bla, bla, bla.
Suasana di dalam dewan sudah mula
meriah.
"Dipersilakan Encik Fareez
Ashraf memperkenalkan diri," kata pengetua kami.
"Assalamualaikum dan selamat
sejahtera, semua. Seperti yang telah diberitahu oleh Encik Fauzan tadi, nama
saya Fareez Ashraf Bin Amir Iskandar. Berumur 25 tahun. Masih teruna..."
Hahaha!!! Suasana yang sunyi sepi
dek pelajar perempuan yang terlalu fokus pada penampilan cikgu itu tadi menjadi
meriah semula disebabkan 'berita gembira' yang diutarakan Encik Fareez kita itu
tadi.
"Ini merupakan pengalaman saya
yang pertama menjadi seorang guru. Jadi, saya harap semua pihak boleh
memberikan kerjasama yang jitu bersama saya sepanjang saya mengajar di sini.
Urm, saya rasa itu sahaja yang ingin saya sampaikan. Terima kasih." Cikgu
Fareez tersenyum manis ke arahku sewaktu ayatnya yang terakhir. Aik? Dia senyum
kat aku? Arr, lantak ar. Aku tak terpikat pun...
Sepanjang perjalanan aku balik ke
kelas mesti ada sahaja pelajar yang menyebut-nyebut mengenai guru baru itu
tadi. Tak kira pelajar lelaki mahupun perempuan. Yang perempuan asyik cakap,
"Wah, hensemnya Cikgu Fareez tu! Untunglah siapa dapat jadi girlfriend
cikgu tu." Yang leaki pulak, "Hadoyai, kenapalah boleh ada sesat
cikgu baru tu kat sekolah ni. Habislah girlfriend aku kena rampas nanti!"
Apa yang best sangat dengan cikgu tu? Aku tengok biasa je. Ke aku yang salah
pandang? Eh, tak lah. Haih, entahlah.. Malas aku nak fikir, bukannya ada kaitan
dengan aku pun. Baik aku fikir tajuk apa yang aku nak bincang dengan Mr.
Photographer kat Twitter balik sekolah nanti. Lagi best, woah oh oh!!! Sengal
seyy aku ni. Tetiba je...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ERR,
kenapa aku rasa lain macam je bila terlihat wajah pelajar tadi ehh? Aku rasa
aku tiada kaitan langsung dengan dia. Tapi, kenapa aku rasa macam kenal je.
Eleh, entah-entah ada pernah jumpa tepi jalan kot dulu-dulu. Dah lah, baik aku
mula fokus untuk memulakan langkah pertama aku sebagai seorang guru.
Hurm, kelas pertama yang akan aku
masuk adalah 6 Atas Sastera 2. Huihh, belum apa-apa dah dapat kelas bagi
pelajar paling tua di sekolah. Takpe, yang penting dapat jadi seorang guru yang
bagus.
Tetapi, kenapa semakin aku
mendekati kelas ni aku semakin rasa gelisah eh? Mungkin sebab kelas pertama aku
mengajar kot. Hurm, betullah tu rasanya.
Dush !
Aik, baru je nak masuk kelas dah
kena langgar. Murid apa macam ni tak hormat guru. Memanglah aku guru ni baru,
tapi dia sepatutnya hormati aku. Tapi, bila tengok dia terjatuh kesian pula
rasa. Semacam je aku tengok budak ni. Ehh, dia pegang perut dia lah! Mesti
perut dia sakit. Tu lah agaknya dia nak cepat. Adoyai, aku dah ngutuk
bukan-bukan. Apa lah aku ni.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MANALAH
pulak cikgu ni? Hurm, lambat pon bagus juga. Boleh aku rehat-rehat dulu.
Hehe... Urk, perut aku ni dah kenapa pula. Tetiba sakit ni. Adoi, makin ditegur
makin sakit pulak dia. Nak minta izin kat cikgu, cikgu pula tak masuk-masuk
lagi. Ketua tingkatan dah lah spesis cerewet punya.
Adoyai, mana pula si minah sebelah
aku ni? Berjalan je kerjanya. Aku nak minta dia temankan aku. Dah tak tahan
gila ni.
"Wey, Fatin mana Fatin? Nampak
dia tak?" tanya Syafeera kepada Dahiyah sambil menahan sakit di perut.
"FATIN, OH FATIN!! KAU KAT
MANA?! NI, FEERA CARI KAU!" teriaknya sebaik sahaja aku bertanya.
Ish, gila betul! Dah lah aku ni
sakit perut. Dia boleh pula jerit kat sebelah aku. Fatin ni pula hilang. Hah,
datang pon ke sini. Tersengih-sengih pula tu. Haih, kawan baik aku seorang ni.
Berjalan je kerjanya kat dalam kelas ni.
"Apa hal Fer cari aku? Ehh,
kau okey ke tak ni? Nak teman pergi toilet ehh? Ahh, jom aku temankan
yok." Err, nampak sangat ke expression muka aku yang sedang tahan sakit
perut ni? Hah, apa-apa jelaa. Yang penting, misi aku ni kena selesaikan segera!
"Weyy, Adam. Aku dengan Feera
pergi toilet dulu ehh," kata Fatin kepada Adam, ketua tingkatan kelas
kami.
"Nope, one person only. Macam
tak tahu pula ehh selama ni," ujar Adam kembali. Adoi, kan aku dah kata
dia ni spesis cerewet. Nak pergi toilet, dua orang pon tak boleh. Lainlah kalau
aku pergi ponteng sekolah ke, merokok ke. Tu baru dilarang.
Ish, cikgu ni mana? Rsanya, aku dah
tak tahan sangat ni! Aku nak pergi dengan Fatin juga... !!
10 , 9 , 8 , 7 , 6 , 5 , 4 , 3 ,, 2
,,, 1 ! ! !
Arghh !!!
Baik aku pecut dulu. Sorang-sorang
pon takpe arr kalau dah tak tahan sampai tahap ni.
"Adam, aku pergi toilet dulu
ehh!!" jerit Syafeera kepada Adam tanpa menoleh ke arahnya lagi. Dah tak tahan
gila ni weyy. Mana sempat semua tu lagi. Aku terus pecut !
Dush !
Adeyy, siapa pula yang langgar aku
ni?! Memang minta kaki betullah! Hei, pantang betul aku! Tapi, kalau dah desperate macam ni, lain kali jelaa. Tata, aku chow dulu!!!



No comments:
Post a Comment