CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

From Encik K - Prolog


"Vroom! Vroom!"

Sebuah kereta Ferrari meluncur laju ke arah garisan penamat. Ramai yang bersorak sebaik sahaja pemandunya keluar daripada kereta.

"Nah, ambik balik kunci kereta kau ni. This is the last time you ask for my help. Lepas ni, aku dah tak nak racing lagi. Faham?!" Syah menghampiri Khai sambil membaling kunci kereta kepadanya.

"Kenapa you marah-marah pulak ni? You patut bangga tau sebab you menang lagi. Tiada siapa yang boleh kalahkan you. Apa kata malam ni kita raikan kemenangan you nak?" Khai merapatkan tubuhnya ke arah Syah dan membisikkan di telinga Syah. Tangannya meliar di badan Syah.

"Yang kau ni dah gila ke apa pegang-pegang aku ni?! Kau jangan sampai aku flying kick tepat kat batang hidung kau!" Syah menolak badan Khai daripadanya. He'eh, mamat ni. Setapak dia dekat dengan dengan aku lagi, memang kena sebijik nanti!

"You tak payah nak ugut I, ok. You jangan lupa our agreement. Kang nanti I... ," Khai menarik tangan Syah sehingga terdorong ke arahnya. Syah yang memang pantang lelaki playboy seperti ini, merentap kembali tangannya. Ditendangnya kaki Khai sekuat-kuat hati. Hambik ko!!! Aku dah warning kan tadi...

Dia bergerak menuju ke arah motorsikalnya yang terletak di parking lot berdekatan.

"Pergi jahanamlah dengan agreement kau tu. Aku tak heran! Puihh!!!" Syah menjerit. Sempat dia meludah ke arah lantai.

Helmet dicapai dan dia terus bergerak dengan pantas dari situ walaupun kedengaran beberapa orang mengajaknya stay lebih lama di situ. Huh, malas aku nak mengadap muka si biawak albino tu. Buat sakit hati je! Aku blah balik rumah tengok WWE lagi best! Boleh belajar step baru. Huhu...

Balik tu, Syah segera membasahkan dirinya yang masih panas dengan perbuatan Khai sebentar tadi. Hahh, segarlah sikit badan ni. Kemudian, dia memakai boxer dan sehelai t-shirt  dan duduk melongo depan tv menonton WWE. What? Aku duduk dengan lelaki muhrim okey dalam rumah ni...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

I'm sexy and I know it...

Bunyi bising berdentum dengan kuat. Ramai orang memenuhi pub Night World yang sememangnya menjadi tumpuan para kasanova dan ulat beluncas berpesta di malam hari.

Kamil Azizi kelihatannya sedang syok menari bersama-sama dengan seorang perempuan seksi yang tak cukup kain.

"You, jomlah kita duduk rehat kejap. I dah penatlah..," rungut Alya. Ehh, kejap! Nama dia Alya ke? Ke Mia ehh? Hurm, lantaklah! Muncung dah lah sedepa macam itik. Huh, itik pun boleh angkat bendera putih kalau tengok muncung dia ni. Mengalahkan dia pulak!

"Hurm, jomlah," ucap Kamil sambil merangkul pinggang perempuan itu. Dia bergerak ke arah Zarif yang sedang bergelak-ketawa bersama pasangannya. Kamil dan perempuan itu mengambil tempat di sebelah mereka.

“Hamboi, korang. Gelak tak ajak orang ehh,” Kamil menegur mereka. Mereka tersenyum-senyum memandang Kamil. 

“Eleh, dia tu dah jumpa awek mana perasan kawan sendiri dah," Zarif berkata sambil meneguk minuman Carlsberg yang sudah lali dengan tekaknya itu. Masuk ni dah berapa teguk pun dia tak ingat. Lantak arr! Yang penting, have fun beibeh!!!

"Wey, kenalkan arr sape sebelah kau tu," Kamil bertanya kepada Zarif. Zarif mengangkat keningnya. He'eh, mamat ni! Dah ada kat sebelah tu seorang, buatlah macam dah ada. Ni aku punya pun dia nak ka? Aku gerenti, mesti dia tak ingat nama awek tu punya arr! Dia ni mana lekat dengan sorang. Paling lama pun seminggu arr. Ish, budak ni...

"Elly, kenalkan. Ni Kamil, my bestest friend. Kamil, Elly girlfriend aku," Zarif berkata. Sengaja dia menekankan sikit perkataan 'girlfriend' tu. Biar dia sedar sikit!

"Hi, I am Kamil," Kamil menyambut huluran Elly sambil tersenyum menggoda. Hurm, what a hot body she got there!

"Oh ya, sorry I forgot to introduce to both of you my partner, Alya," Kamil memberi ruang untuk mereka berkenalan. Ehh, apesal senyap je perempuan ni?

"You, nama I Bella laa. Bukan Alya. Siapa Alya tu?! Dah lah, I merajuk dengan you. Huhh!" Bella menyauk beg tangannya dan blah dari situ. Sakit hatinya apabila Kamil tidak mengejarnya untuk memujuknya. Kamil melihatnya dengan muka derk je. Arr sudah! Merajuk laa pulak minah ni. Lantak kau laa! Perempuan ni semuanya sama je. Gembeng je kerjanya! Layan puteri depan aku ni lagi best! Hoho, sorry bro! She is so damn hot, beibeh!

 "Weyy, kau lepak sini lagi apehal? Asal tak dok kat rumah kau je? Bukan kau kena pergi studio ke esok?" Zarif bertanya.

"Hu'uluh... Lek luu, lek luu! Aku baru nak enjoy malam ni. Kau ni macam tak kenal aku. Kalau aku dok rumah pun, wat bengkek hati je. Boring nak mampus!!" Kamil membalas pertanyaan Zarif. Haih, kat rumah tu mama, papa, mak ngan beberapa orang gaji aku je ada. Ada adik, kat Jordan pulak! Susah betul bila dapat adik yang pandai ni! Takde kawan!

"Tapi, kalau esok kau lambat. Mulut jangan nak becok macam mulut murai pulak esok kalau kau lambat! Aku baling dengan tembikai empat biji nanti baru kau tahu!"

"Eleh, kau! Trademark tembikai empat biji kau tu tak lupa ehh.. Dah lah, kita enjoy habis-habisan malam ni! Cheers!!!" Kamil mengangkat gelasnya dan meneguk air minumannya.

"Cheers!!!" Zarif dan Elly hanya mengikut perbuatan Kamil itu.

No comments:

Post a Comment