"Felina!!!"
Mataku yang tertutup rapat
tiba-tiba terbuka luas. Hah?! Sape yang menjerit tu? Pitching lari betullah.
Dan kenapa? Eh, kejap. Hari ni hari.... Oh, man. Isninlah beb! Orang yang
berumur 16 tahun seperti aku ni faham-fahamlah kan kenapa kalau hari Isnin. Oh,
tidak. Dah pukul berapa ni? What?! 6.45 pagi? Mamposlah aku macam ni. Dah
terlambat. Kenapalah pulak alarm aku tak bunyi ni? Huh, patutlah bisu je aku
dengar. Rupanya henpon aku dah takde bateri. Aku kureng suka guna jam loceng
yang selau bunyi kringgg tu. Pening lalat aku jadinya dek kebisingan tahap
melampau. Ahaks, ngengada plak aku ni kan. Nak buat macam mana, dah aku lebih
prefer suara artis-artis yang ada kat muka bumi ini. Err, baik aku siap cepat
kalau tak, bala-bala.
Aku mandi ala kadar je. Ala, bak
kata orang tua-tua, mandi kerbau. Eh, itu orang tua-tua kata ke? Rasanya macam
peribahasa sekolah rendah aku je. Ish, aku ni. Dah lambat sempat lagi merepek
yang bukan-bukan.
"Tok! Tok! Fel, cepat siap tu.
Dah lambat dah ni!" kata ibuku.
"Ya, bu. Kejap lagi Fel
siap," kataku sambil menjerit kerana bimbang ibuku tidak dengar suaraku
dek bunyi deruan air panjut ni.
Selepas aku mengemas-kini tudung
aku, aku berlari ke dapur dengan sepantas kilat. Aku segera mencapai sekeping
roti yang ibuku telah menyapu jem di atasnya. Aik, bunyi macam menyapu sampah
je. Ish, kau ni Fel asyik merepek yang bukan-bukan je. Entah-entah, disebabkan
otak kau terlebih tido malam tadi menyebabkan kau sewel tak. Ah, tengok!
Merepek lagi. Argh! Aku terus minum susu yang telah disiap tuang oleh ibuku
yang tersayang. Macam tau-tau je yang aku tengah rush ni. Eh, memanglah. Orang
yang tak pandai tengok jam jelah yang tak tau kau dah lambat.
"Fel, dah jom cepat"
"Ya, ayah. Oklah bu, Fel pergi
sekolah dulu. Dah lambat dah ni. Assalamualaikum," kataku sambil mencium
tangan ibuku.
"Hurm, tulah bangun lambat
lagi. Wa'alaikummussalam. Hati-hati ya,"
Kakakku yang sudah berada di dalam
kereta ku lihat sudah tersengih-sengih kepadaku. Ceh, nak gelakkan orang lambat
ar tu. Aku cepuk karang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"APESAL lambat?"
"Handphone kong," balasku
acuh tak acuh. Ish, orang tengah risau datang lambat, dia boleh tanya
macam-macam pulak. Takpe Felina, sabar. Sabar tu kan separuh daripada Iman.
"Owh, lain kali check dulu
bateri sebelum tidur,"
"Erm, yelah,"
Suasana di dalam kereta ku rasakan
tidak setenang biasa. Sekejap ku pusing ke kiri, sekejap ke kanan. Argh..!!!
Bila nak sampai sekolah ni?!
"Ayah, laju sikit boleh tak?"
"Dah laju dah ni. Mana boleh
laju lagi. Tulah, bangun lambat lagi. Kan dah tak boleh duduk diam,"
ayahku membalas.
"Alah, Fel. Kejap lagi kita
sampailah ni. Fel tak yah risau sangatlah," kakakku menyampuk.
Ops, kan ayah dah ceramah pepagi
buta ni. Eh, pagi buta lagi ke? Hurm, lantaklah. Yang kakak ni bolehlah dia
kata okey. Sebab, dia ada latihan bola jaring pagi ni. Jadi, dia dikecualikan
daripada masuk ke kelas. Al-maklumlah, coachlah katakan. Senior pulak tu. Argh,
tak kesah ar sume tu. Asalkan aku sampai sebelum loceng bunyi. Tak sanggup aku
nak mencemarkan rekod bersih aku sebagai pelajar yang tak pernah datang lambat.
Ni mesti gara-gara tuisyen golf yang aku baru sertai semalam. Pergh, penat beb
wa cakap sama lu!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"MAMA, Daniel tak nak pergi sekolah
nilah. Daniel nak sekolah kat KL jugak. Kat JB tak bestlah mama," aku
merengek. Aik, kembar siam aku ni. Tolonglah aku sekali. Dia suka agaknya
pindak sekolah yang hape-hape ni.
Ish, aku kena pujuk mama ngan papa
jugak. Tak nak ar aku sekolah kat sini. Memanglah orang kata JB dengan KL tak
jauh beza. Alahai, kawan-kawan aku macam mana. Dahlah susah nak cari besfwen
sekarang ni. Tapi, kesian pulak aku tengok mama ngan papa beria-ia suruh
kitaorang satu family pindah JB. Takkan aku nak hampakan diorang pulak. Derhaka
aku nanti. Argh, tension betullah!
"Daniel tu dah besar. Dah
boleh berfikir mana yang betul, mana yang salah. Jadi, salah ke kalau kami
suruh kamu berdua pindah JB? Mama ngan papa buat semua ni untuk kebaikan korang
berdua jugak. Papa ada hal yang kena diselesaikan kat sini. This is for
temporary. Kalau dah beres, kita balik KL lah ya," papaku pula memujuk.
"Kan urusan papa. Kenapa kita
semua pun kena ikut sekali?"
"Hal ni ada sangkut-paut
dengan Daniel jugak. Takpe, nanti korang pun akan tahu jugak. Dah-dah, cuba
Daniel jadi macam Danish ni. Takde nak protest apa-apa pun. Now, kita settlekan
pendaftaran sekolah kamu berdua dulu. Okey, honey?" Datin Aisyah berkata
sambil buat muka kesian.
"Yes, mom,". Huh!
Asyik-asyik nama si Danish je yang disebutnya. Danish yang baik lah. Danish
yang itu. Danish yang ini. Semuanya positif. Aku juga yang degilnya.
"Oh ya, by the way. Nanti kat
sekolah tu, mama nak korang berdua kena sentiasa senyum kat kawan-kawan baru
tau. Mama tak nak diorang fikir yang Daniel ngan Danish ni sombong pulak,"
"Orait, mom," Danish
berkata sambil tersenyum.
"Huh! Hurm, tengoklah,".
Senyum?! Yelah tu, tak kuasa aku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
AKU
berlari ke dalam kawasan sekolah. Aku dah tak hiraukan orang lain yang tertoleh-toleh
melihat atlet manalah yang sesat sedang berlari ke arah pintu utama SMK Ayer
Dalam pagi ni. Cewah, ahaks! Kakak aku yang tercinta tu pun aku dah tak tau
mana dia blah. Umur kitaorang bezanya cuma setahun. Tetapi, sungguh ketara dari
segi sikap dan perwatakan. Dia agak tegas tetapi aktif bersukan. Hurm, maybe
sebab tu kot dia sesuai jadi coach. Al-maklumlah, dia mempunyai aura yang boleh
membuatkan orang kecut perut. Apa yang dia nak, dia mesti akan cuba
dapatkannya. Tapi, ada aku kesah? Hehe, sengal betullah aku ni. Aku ni pulak
seorang yang happy-go-lucky girl. Lebih pandai dan cantik serta comel daripada
dia. Bukan perasan eh... Tapi kenyataan. Result PMR aku lebih hebat daripada
dia. Yang comel dan cantik tu memang ramai yang mengakuinya. Wuahaha...!!! Blah
ar kau, Fel. Geli pulak aku dengar aku puji diri aku sendiri lebih-lebih ni.
Oh, ya, ya, ya. ya... Lagi sikit
aku nak sampai ke garisan penamat. Fuh, sempat aku... Ahamdulillah, Ya
Allah...!!! Huhu, pengawas yang tengah diri kat tepi gate tu dah buat muka
pelik dia dah tu. Chill lah, tak pernah tengok gaya orang hampir terlambat
masuk sekolah ke..?!
Nasib baik minggu ni perhimpunan
waktu balik nanti. Kalau tak, habislah aku kena berdiri di kelompok pelajar
yang datang lewat. Sekolah aku punya sistem perhimpunan gilir-gilir setiap
minggu. Antara sebelum belajar ataupun sebelum balik sekolah. Eh, kejap. Aku
kan datang-cepat-sambil-buat-muka-poyo. So, tak kena lorh...
Sedang aku bernyanyi-nyanyi dengan
riangnya kerana sempat datang sekolah sebelum loceng berbunyi, aku terperasan
sesuatu. Huh!?


No comments:
Post a Comment